Monday, October 11, 2010

MENGAPA PERLU MENJADI SEOARANG PENULIS...


Assalamualaikum,

Segala puji dan puja hanya layak bagi ALLAH, Tuhan yang telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Dialah Tuhan yang Maha Mulia yang telah mengajar manusia dengan Qalam dan mengajar manusia apa yang tidak diketahui oleh mereka.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta, Sayyidina Muhammad yang menjadi sumber Allah mencintai seseorang itu, para ahli baginda serta para sahabat baginda.

Para pembaca yang dikasihi sekelian,

Menulis dan menghasilkan sebuah buku merupakan sirah para ulamak terdahulu dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Jika dilihat pada sejarah mereka, kita dapati kebanyakan para ulamak yang hebat adalah seorang penulis yang hebat. Lihat sahaja Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali r.a, berapa banyak karya yang telah dihasilkan oleh beliau dan karya-karya tersebut kekal sehingga ke hari ini dan masih menjadi panduan hidup para muslimin zaman ini di dalam mencari redha Allah Taala. Siapa yang tidak kenal dengan kitab Ihyak ulumuddin, Iqtisad fi i'tiqad dan Munqiz mina dhallal. Kitab-kitab ini tetap menjadi panduan hingga ke hari ini. Begitu juga dengan Imam Sayuti r.a, Imam Ibnu Athaillah r.a, Imam Thabari, bahkan Imam Syafie sendiri mempunyai hasil karya sendiri dan ramai lagi para ulamak yang hebat-hebat.
Di tanah melayu juga tidak kurang dengan ulamak yang menghasilkan tulisan yang hebat. Antaranya Syeikh Ahmad Fatani, Syeikh Daud Fatani, Syeikh Abdul Samad Al-falimbangi dan Syeikh Arsyad al-banjari radiyallahu anhum.

Persoalannya, mengapa para ulamak ini memilih untuk menulis dan menghasilkan kitab sedangkan mereka telah mempunyai pelajar-pelajar di madrasah-madrasah mereka? Para ulamak ini menulis kerana inginkan ilmu yang manfaat dan pemikiran hebat mereka ini dapat disampaikan dan diikuti oleh semua manusia walau di zaman mana manusia tersebut berada. Sekiranya mereka tidak menghasilkan kitab-kitab dan hanya menumpu pada pengajaran di madrasah mereka, berkemungkinan ilmu-ilmu ini tidak akan sampai kepada manusia yang berada jauh dari zaman mereka seperti zaman kita hari ini. Dengan visi dan pandangan yang melangkaui zaman, mereka berusaha menulis kitab-kitab tersebut. Mereka juga telah membuktikan bahawa penulisan adalah salah satu medan dakwah yang terbaik dalam menyampaikan dakwah islamiyyah kepada manusia.

Para pembaca yang budiman,

Mari kita berfikir sejenak. Jika ilmu dan maklumat hanya disampaikan melalui ceramah atau mengajar di sesuatu tempat, peratus ilmu tersebut untuk lenyap daripada para pendengaramat tinggi. Mereka mampu mengingati ilmu-ilmu tersebut paling lama adalah selama seminggu, kecuali pendengar yang mencatat isi ceramah dan pengajaran tersebut.Begitu juga dengan pendengar yang terus mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya. Bagi mereka yang tidak mencatat apa yang mereka dengari, pasti akan lupa dengan ilmu dan maklumat yang telah disampaikan. Hal ini berbeza dengan ilmu dan maklumat yang disampaikan melalui penulisan buku. Ilmu dan maklumat tersebut akan sentiasa berada bersama-sama para pembaca selagi mana buku tersebut ada bersama-sama dengannya. Jika dia terlupa tentang apa yang dibacanya, dia boleh merujuk kembali kepada buku tersebut. Inilah di antara kelebihan medan penulisan ini. Jika ia bukan medan yang terbaik, sudah tentu para ulamak hebat tersebut tidak menjadikannya sebagai salah satu wasilah dakwah mereka.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

Tugas menyampaikan dakwah ini adalah tanggungjawab kita semua. Medan untuknya terlalu banyak. Dan salah satu medan yang paling baik dan praktikal ialah medan penulisan. Tidak salah jika dikatakan seorang pendakwah itu perlu menjadi seorang penulis. Turutilah jalan para ulamak yang telah melakarkan sejarah yang gemilang. Izinkan diri anda menjadi seorang PENULIS LUAR BIASA.

Sunday, October 3, 2010

MENCARI RAKAN PENULIS ALUSI

Assalamualaikum...

Pihak Alusi Dinamik Enterprise sedang berusaha mencungkil bakat-bakat baru penulis di negeri Kedah khasnya di bandaraya Alor Setar...Sehubungan dengan itu pihak Alusi Dinamik akan mengajurkan satu seminar 'Menjadi Penulis Luar Biasa' pada 23.10.2010. Bagi peserta yang mendaftar untuk mengikuti seminar ini, peserta-peserta akan menjadi ahli rakan penulis alusi dinamik secara langsung...Para peserta akan diberikan satu ruang di dalam blog rakan penulis alusi untuk mempersembahkan karya masing-masing sebagai latihan untuk menjadi penulis yang luar biasa...karya-karya peserta insya Allah akan dipamerkan kepada penulis-penulis profesional untuk dinilai...Peluang masih terbuka...Rebutlah peluang anda...mulakan langkah pertama anda untuk menjadi penulis luar biasa dengan menyertai seminar ini...Tempat adalah terhad...bagi yang berminat, boleh hubungi 019-4165877 ( puan Yusliza )